Microsoft Office – Powerpoint & Advokasi

9 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Mac 2020 iaitu pada sebelah petang, Pusat Internet Melugu telah mengadakan Kelas Microsoft Office –Powerpoint & advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenal dan memantapkan kemahiran pelajar menggunakan Microsoft Office Powerpoint serta mendidik mereka mengenai keselamatan penggunaan internet.

Dalam kelas ini, pelajar diajar mengenai Topik 1 iaitu pengenalan kepada Microsoft Office Powerpoint, kaedah memulakan Powerpoint dan mengenali elemen-elemen dalam Powerpoint. Selain itu, mereka juga diajar mengenai Topik 2 iaitu cara untuk menyelia dokumen dalam Powerpoint. Topik ini merangkumi cara untuk mencipta persembahan baru, menyimpan atau save persembahan yang telah dibina, kaedah auatu cara membuka fail dan kaedah atau cara untuk menutup fail. Mereka diminta untuk membuat latihan yang telah disediakan.

Tambahan pula, pelajar juga didedahkan dengan Klik Dengan Bijak iaitu sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet dalam kalangan masyarakat. Program KDB dapat mendidik masyarakat agar menggunakan internet dengan cara yang selamat serta untuk menggalakkan masyarakat berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali